BORHAN DAN IMPIAN: BAGAI DAUN-DAUN HIJAU YANG BERTERBANGAN

Hadri Shah
3 min readMar 15, 2024

--

Terima Kasih Travis Membenarkan Secara Tak Langsung Meng Rip Off artwrok Hang

Ada seekor keldai,namanya Borhan.

Borhan sudah jelak hidup suam suam kuku makan rumput. Beliau udah fedap dengan ungkapan seperti “bodoh macam keldai” dan “lembab serupa keldai”.

Ungkapan-ungkapan begitu mencemarkan maruah beliau sebagai seekor keldai yang muda, bergaya dan berjasa.

Jadi,
esok pagi, Borhan mahu mengubah takdir. Beliau mahu memohon pekerjaan sebagai eksekutif Menara Kebanggaan tamadun Mahathir — KLCC.

Borhan berharap ada yang sudi mengambilnya bekerja.

Dengan berjawatankan eskekutif, Borhan yakin akan menjadi inspirasi dan aspirasi anak-anak keldai muda yang lain.

Impian bagi Borhan umpama daun-daun hijau yang berterbangan bebas di ruang angkasa.

Pagi itu, Borhan bangun awal untuk bersiap. Dengan kemeja jalur-jalur ungu Nobleman, tali leher bercorak tomato dan sepasang seluar slack Seed — Borhan tampak segak. Siluetnya seperti kuda perang Tom Cruise dalam filem The Last Samurai.

Dalam perut tren, manusia-manusia sekeliling takjub melihat Borhan.

Keldai+berkemeja+bertali leher corak tomato= defak is that??

Borhan langsung tak terkesan dengan mata-mata asing yang memandang. Malah, beliau merasakan suatu hari nanti mereka-mereka ini (manusia-manusia pemakan gaji yang kuat cium buntut boss) pasti berbangga akan dirinya.

30minit kemudian Borhan tiba di KLCC.

Beliau akan mencuba nasib di tingkat 33, 43, dan 53.

Menurut acik guard yang bertugas, di tingkat-tingkat itu ada kompeni yang menawarkan jawatan kosong sebagai eksekutif.

Tanpa berlengah, Borhan menuju ke tingkat 33.

Ruang pejabat begitu sofistikated. Terserlah bayang kekorporatan syarikat ini.

Borhan menghampiri meja resepsenis.
“Salamualaikum. Cik, saya datang untuk temuduga jawatan eksekutif.”

Resepsinis A memandang Borhan atas bawah, atas bawah. Lalu dengan muka yang menempah tiket Neraka kelas A, dia berkata sinis;

Hello? Awak salah tempat ni. Keldai taklayak bekerja sebagai eksekutif. Ini hukum alam yang nyata!”

Borhan dihalau keluar dari pejabat.

Walau sedikit kecewa dengan perilaku ibis resepsinis A, harapan Borhan masih tergantung kemas. Level optimistiknya masih berada di tahap yang baik. Borhan memujuk hatinya sendiri. Beliau menganggap situasi tadi hanyalah temporari kerana di tingkat 43 masih punya peluang.

Di tingakat 43;
Apa yang pasti dekorasi pejabat di sini leih moden dan minimalis. Sesuai dengan citarasa borhan yang menganggap Marie Kundo adalah Nabi perempuan yang ditunggu-tunggu umat.

Malang sekali, sebelum Borhan sempat membuka buah bicara — resepsinis B mengilai-ngilai melihatkan Borhan.

Ngilaiannya ngeri. Seperti puntianak yang sering diceritakan dalam kisah-kisah seram budak asrama.

Sambil mengilai dia meluaur ke arah Borhan supaya berambus. “Takde jawatan kosong kat sini dek oiii”… jerit resepsinis puntianak sambil mengilai tanpa henti.

Demmit!
Apa nasib di tingkat 53?
Borhan lelah. Harapannya sudah sedikit tercalar.

Namun beliau tetap berharap bahawa tingkat 53 adalah ruang yang akan mendakapnya erat seterusnya mengangkatnya naik ke langit menjadi satu lagi kerdipan sinar bintang yang baru.

Tetapi;
entah apa anginnya hari ni, resepsinis C dengan suara puaka menjerit bertanya Borhan apa yang dia mahu?

Borhan menerangkan hasrat hati. “ Cik, saya datang ke sini begini, dan begini. Besarlah hati saya bla.bla.bla”

“Madefaker punya keldai! Di sini takde kerja bladihel kosong untuk seekor keldai BODOH macam hang! Pergi balik ladang sekarang” — seraya itu Resepsinis puaka ini menendang buntut Borhan dengan kasut tumit tingginya.

Borhan terpelanting ke satu sudut.

Ewah-ewah . Ini sudah lebih brader.

Beberapa minitkemudian, tubuh kerdil resepsinis C terbaring di atas lantai. Anak matanya ghaib. Barangkali hilang tak kembali. Kesan lebam besar tercetak jelas di atas perut resepsinis C.

Nasib Borhan memang tak baik.
Sepasukan sekuriti bergegas ke tempat kejadian. Mereka terus menerkam Borhan. Dia diperlakukan keras. Kepalanya di cota. Tubuhnya ditendang. Ada dua orang sekuriti menangkap erat kakinya. keempat empat kakinya.

Borhan rebah. Terkulai. Tiada daya mempertahankan diri dari manusia.

Tak lama selepas itu, lori jabatan haiwan liar pun tiba.

Borhan diusung keluar dari KLCC. Saat beliau dibawa keluar manusia- manusia KLCC membaling hina hinaan dan keji kejian tepat ke arah Borhan. “Keldai kemeja belang bodoh. Tempat hang hanya di ladang, setan!”

Ada air mata yang bergenang di kelopak mata Borhan.

Lori jabatan haiwan liar memacu laju membawa nasib Borhan entah ke utara entah ke selatan.

Keadaan KLCC yang huru hara kembali tenang. Manusia di situ menyambung hidup makan gaji seperti biasa.

--

--

Hadri Shah

Penulis tiga buah buku yang kini sedang mencari pedoman hidup dengan meluncur papan selaju