MENGAPA AKU KEMBALI KE SEKEPING PAPAN SELAJU.

SKATEBOARD sebenarnya adalah pilihan kedua aku selepas BMX.
Itupun kebetulan. Ada seketul skateboard yang bahagian ‘nose’ nya patah kepunyaan Zek, ditinggal bersendirian tanpa tuan di rumahnya.
Aku yang ketika itu ‘down’ kerana bapak tak mahu belikan BMX mula mencuba skateboard sendu Zek. Bukannya nak skate sangat pun. Cuma nak merawat luka di hati. Kecewa kerana tak dapat BMX.
Payan, Aman, Alan, Amir, Udi, Apek semuanya main BMX. Depa 'Flatlander'. Jenis terpengaruh dengan mamat 'Flatlander' Jepun rambut afro yang depa jumpa di X-Games KL. Dari cara 'dress up' sampai ke BMX parts, semuanya hampir serupa dengan mamat Jepun tu walaupun trick yang depa pandai buat cuma 'Funky Chicken'.
Aku menganga je. Nak sembang flatland menda, BMX pun tak ada.
Jadi skateboard tanpa 'nose' Zek menjadi 'amuse' aku. Di usia 15, aku cuma nak nampak cool. BMX ke, skateboard ke, janji nampak cool. Terror atau tidak, itu cerita lain.
Lama-kelamaan, Skateboard memberahikan. Homies aku, Payan, Udi, Alan, Aman semua bertukar kiblat. Kami bikin skatepark sendiri. Setiap petang tanpa gagal kami skate dan melepak bersama di skatepark. Di tapak skatepark itu jugalah semua anak muda 'unite'; yang rempit, yang skinhead, yang black metal dan yang lari dari rumah tak tentu arah semuanya melepak disitu.
Aku masih ingat Vas Half Cab pertama aku sarung. Kasut tu kasut bundle. Zek beli rasanya.Tapak kena tukar sebab dah haus gila. Lepas Zek puas pakai, dia pass-passkan kat budak-budak lain. Giliran aku selepas Udi. Aku pakai sampai rabak. Merambu ke sana ke mari di pekan Aloq Staq. Vans punya aura lain macam. Ia adalah identiti sang pemakai. Merepresentasi kamu ini siapa. Zaman awal millennial, Vans masih lagi kategori kasut super cool yang rare. Vans memperkenalkan aku dengan figura-figura punk seperti Henry Rollins.
Manakala video skate pertama aku tengok ialah Four One One. Berulang kali aku repeat. Kalau tak di rumah Aman, aku pinjam bawak balik rumah. Sampai mati aku takkan lupa tengok part Arto Saari. Selain dari terpengaruh dengan style Arto, itulah pertama kali aku mengenali Sonic Youth. It was soo fucking sick! Skateboarding meluaskan atmosfera musik aku.
Tetapi kemuncak keseronokkan skateboarding life aku bukanlah di hometown melainkan di zaman kolej.
Ada perbezaan atmosfera ketara antara scene 'Aloq Staq' dan KL. KL tidak 'competitive'. Itu menurut aku. Ia jauh fun. Lebih rileks. Lebih banyak benda boleh di explore. Di sini, akses media skateboard lebih 'big' berbanding Aloq Staq. Kawan aku Faez mengambil tanggungjawab menyediakan majalahTransworld dan 'burn' video-video skateboard terbaru buat pedoman kami.
Frankly speaking, aku memang cepat bosan duduk dalam environment yang super competitive. Hell, kita kan semuanya patut enjoy skateboarding? Sudah tu, kenapa pula nak kena serius, compete macam nak gila?

Benda akan jadi lebih progressive and naturally develop bila setiap perkara yang kamu bikinkan, kamu enjoy dan having fun bersamanya. Benar, stress dan challenge itu penting. Tapi itu bukan asasinya. Yang asasinya ialah enjoy, mengerti?
Literally, aku tinggalkan skateboarding saat melangkah masuk ke alam karier. Aku berkhidmat di institusi perbankan Amerika dan segala minit dan jam aku korbankan demi karier. Bukan karier yang menghalang, tetapi entah apa sebabnya aku membiarkan papan mereput.
Walaupun begitu, Vans tetap disarung ke kaki. Video skateboarding tetap aku tonton. Berita mengenai Geoff Rowley tetap aku ikuti. Masih mendengar musik-musik yang menjadi latar belakang video skateboard. Masih terpesona dengan gambar-gambar esentrik dan lukisan-lukisan magis Ed Templeton. Skateboarding, ternyata masih kekal di hati walau tidak di kaki.
Malam berganti siang, minit bertukar jam, minggu disulami bulan dan tahun ditelan tahun - dari tidak berkahwin sehingga punya seorang anak, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tercicir.
Aku cuba mencari dan melengkapinya. Menyertai acara berlari. Nah, sama sekali tidak buat aku gembira. Hiking, idea yang menaik tetapi bukan itu yang aku cari. Beli basikal semi travel, aku hanya biarkan di gantung di dinding rumah.
Sehinggalah tahun lepas, aku tengok video Stereo Vinyl Cruiser (Jason Lee and the team), aku rasa macam, 'shits, aku tak mahu tua tanpa skateboard'.
Selepas 11 tahun aku kembali ke pangkuan skateboard. Papan beroda itulah amuse yang aku cari selama ini. Aku gembira walau selama ini hanya mampu hell flip. God, damn it!
Bagiku, skateboarding bukanlah tentang berapa banyak contest yang kamu ambil bahagian, berapa ribu trick yang kamu boleh praktiskan, berapa banyak acara skateboard kamu sertai, berapa ramai kawan skaters yang kamu ada atau berapa ratus dan ribu kamu habiskan - modal untuk kamu kelihatan seperti seorang 'true skateboarder'.
Skateboarding, sejatinya ialah bagaimana cara kamu memandang sesuatu. Tentang kebebasan dan merayakan hidup. Ianya mengajari dan mendidik kamu bahawa sesungguhnya tiada siapa yang berkuasa ke atas dirimu. Tiada yang salah atau tiada yang paling benar dalam dunia skateboarding. Segalanya tentang apa yang kamu pelajari bersama bahagian-bahagian didalamnya.
Jika kamu merasakan ia cuma sukan. Maka itu, terserah.
Skateboarding, untukku adalah cara hidup. Ia membentuk pemikiran dan peribadi. Ia mengajariku dunia penulisan. Mendokumentasikan minit dan perkara-perkara berkaitan. Ia mengajariku keindahan dunia fotografi, seni lukis, nilai estestika musik, filem, budaya tanding (counter culture) dan paling utama - skateboarding, secara organiknya tidak membuat kamu menunggu untuk lakukan sesuatu. Tidak perlu menunggu sesiapa untuk menggerakkanmu, memaksamu melakukan apa pun. Bersama papan dan roda, kamu bebas tanpa pergantungan.
Hidup adalah untuk di rayakan. Ada kekecewaan didalam skateboarding. Juga ada kebahagiaan bersamanya.
Jadi pilihlah jalanmu.
Andai kamu mahu menjadi superstar skateboarder, dipersila. Kalau mahu dikenali dan popular, muat naik lah gambarmu di insta. Atau kamu cuma mahu mengisi masa lapang bersama tema-temanmu, itu boleh juga.
Aku cuma tidak mahu tua.
Seperti kata legends Dogtown, arwah Jay Adams,
"You didn't quit skateboarding because you got old, you got old because you quit skateboarding".
Fucking true. Let’s roll!